Assalamualaikum.
Ya, seperti tajuk itu, aku baru selesai temuduga untuk ke Institut Perguruan sesi Ambilan Jun 2013 bagi lepasan SPM. Maka, aku mahu bercerita serba sedikit tentang apa aku dapat, rasa, lalui dan hadapi.
Permulaan, temuduga aku di IPG Tuanku Bainun, Mengkuang, Kubang Semang, Perai, Pulau Pinang. Alamat yang betul aku keliru walau ada pada surat tawaran. Tarikh, 15/5/2013, yakni, Rabu. Ujian INSAK : 8:30 a.m. IV : 9:30 a.m. Bilik D. Major in Science ( SK ).
* Hasil google. Nak masuk pagar kau nampak inilah.
Mulanya aku ingat iv secara individu, rupanya berkumpulan. Aku sangatlah semangat, sedia untuk bidas apa saja yang penemuduga tu nak serang aku. Maklumlah, aku nak menunjukkan semangat juang, yelah, SPM aku tahap biasa saja. Aku bersyukur dapat rasa iv IPG ni macam mana.
Di kesempatan ini juga aku ucapkan terima kasih buat blog/site berikut yang banyak memberi info. Ini yang mana aku ingat, pasal aku google semua benda maka banyak sitenya.
Disebabkan, aku duduk jauh dari IPG tersebut, maka selasa (14/5/2013) 4 petang sudah berangkat ke sana. Sempat sesat serta argue dengan ayah pasal Google Maps dalam S3 dia ni tak betul. Rupanya nak ke situ tak susah mana. Meh aku mudahkan cerita.
Kami (yakni aku & ayah) siap masuk terus IPG tu, siap ronda dah dalam dia. Pukul 7 p.m. kami keluar dari sana dan ke Sg. Petani. Tidur hotel di sana. Awat jauh beno ke Kedah pi tidoq hotel ? Pasainya, hotel dia tepi highway, senang nak pi balik IPG. Satgi hang duduk hotel merata tempat hang tak biasa, kena 'traffic jam' pagi buta, baru hang tau, malu sampai lambat. (loghat utara sat)
Esoknya, sampai sana dalam 7:30 a.m. Awal kan ? Padahal keluar hotel pun pukul 7. Hebat tak ayah aku drive dari Sg. Petani pi IPG di Perai dalam masa setengah jam. Yelah, guna lebuhraya bolehla laju.
Masuk dalam, tak ramai sangat dah sampai. Sempat ayah aku meronda dan aku dok belek tudung dekat cermin pandang belakang. Tudung kene kemas ya, muka kasi berseri sikit. OVER. Nak dekat pukul 8, ayah aku ajak pi dewan kuliah dia. Cewah, ayah macam dah biasa. Duduk menunggu di tepi dewan. Tak lama lepas tu, ada orang tegur. Eh. Senior aku dulu. Kakak dormku ! Rupanya dia satu keluarga dari Ipoh hantar adik perempuan iv juga. Wah ! Depa 2 beradik ni cun ! Sungguh cek habaq ! Adik dia, kira sebaya la dengan aku kan, major in Science juga. Tapi minor dia Bahasa Malaysia. Minor aku English.
Nak dekat 8:30 a.m, kami masuk dewan kuliah tu. Terus duduk berkumpulan ikut bilik. A,B,C,D. Aku D. Kira, semua yang D ni Major Science la. Sebelah aku, adik kakak dorm aku tu, panggil Nini. Jawab la ujian INSAK. 135 soalan dalam 30 minit. Senang je. Kekok sikit pasal dah lama tak hitamkan borang OMR tu. Sebelum tu adalah pensyarah beri taklimat tentang apa yang berlaku nanti. Dalam pukul 9, keluar dewan dan terus ke Pusat Sumber untuk sesi iv.
Masa ni yang lawak. Kami punyalah ikut arahan naik tingkat satu, rupanya, tingkat satu dalam PS tu. Akulah yang lead naik tangga. Hehe. Sorry guys. My bad. Nampak tak confident level aku ? Ok, masuk dalam PS, kami letak beg dan ambil segala borang serta sijil untuk iv.
Dia bagi taklimat sikit dah beri kami masa untuk susun semula segala borang yang di cetak itu. Sekali dengan sijil. Kami diasingkan ikut bilik. Kemudian, nama dipanggil ikut senarai nama. Macam aku, bilik D. Aku orang ke-4 dalam senarai nama. Wah, atas tu nama aku. Aku termasuk dalam kumpulan pertama untuk ditemuduga. 1 kumpulan 8 orang. Kami tulis nama atas sticker yang disediakan dan tempek pada tudung.
Masuklah dalam bilik temuduga. Serahkan benda-benda borang & sijil pada pensyarah lelaki ni. Masa ni ada juga yang kene bebel pasal tak lengkapkan borang, tak tandatangan itulah, inilah. Maka kalian, prepare. Jangan berlaku seperti di atas. Kami di sebut nama satu persatu dan disuruh duduk mengikut nama dalam senarai. Kumpulan aku ni, 1 India perempuan, 1 Melayu lelaki dan 6 Melayu perempuan.
Pensyarah lelaki tu terangkan serba-serbi apa bakal terjadi. Sementara itu, pensyarah perempuan tepi dia tu sibuk selak benda-benda yang kita bagi pada dia tadi. Dia semak borang, sijil. Sambil menjeling dekat kalian, nak tengok postur duduk, gaya macam mana, cara bercakap, keyakinan diri, sesuai ke tidak nak jadi guru.
Iv bermula. Kami dipertontonkan sebuah video. Video berkenaan kepayahan guru mengajar di kawasan pedalaman. 3 minit lebih saja. Disebabkan kami 8 orang, pensyarah ulang sekali lagi video ni. Habis, dia tanya, bincangkan apa yang kamu nampak dalam video itu ?
Semua keras kejung, siapa nak mula dulu ni ? Nasib ada minah dari Kuala Kangsar mulakan dulu. Lepas itu, kami berhujah serba-serbi sedikit. Akulah manusia pertama buat silap sewaktu sesi iv. Silap ke apa aku buat tu ? Entahlah, memang tugas pensyarah tu nak kacau tahap keyakinan kita kan serta nak tengok bagaimana kita beri reaksi bila ditegur salah. Aku berhujah tentang masalah komunikasi, jurang bahasa la senang cerita. Yelah, kawasan pedalaman tu, nak lagi Sabah Sarawak, bahasa mereka guna di rumah lain dari yang di sekolah kan ?
Pensyarah lelaki : Macam mana awak tahu mereka ada masalah komunikasi ?
Aku : *Diam, sambil senyum pada dia.....
Pensyarah lelaki : Awak kata mereka guna bahasa apa di rumah ?
Aku : Bahasa etnik mereka masing-masing.
Pensyarah lelaki : Mana awak tahu ? Awak dengar ke ? Saya kata bincangkan apa awak lihat ?
Aku : Saya dapat lihat dari ekspresi wajah mereka. Guru mengajar di depan tetapi mereka seolah kurang jelas.
Pensyarah lelaki : *Terdiam. Tak sangka la tu aku boleh bidas balik.
Aku : Saya yakin rakan-rakan yang lain pun lihat perkara yang sama.
Ahli kumpulan yang lain : *Turut terdiam. Aikk, aku kene marah asal kalian takut ?
Pensyarah lelaki : *Diam yang lama. Hurm, baiklah. Orang seterusnya.
See ? Aku buat salah ke ya ? Lantaklah. Memang nasib la pak cik dapat saya. Pak cik 'attack' saya, saya memang suka 'attack' orang balik.
Iv berlangsung sampai habis. Tak lama pun. Dia tanya dalam 2 soalan lagi lepas tu. Semua dalam Bahasa Malaysia. Jangan risau. Di hujung iv, sebelum habis, kami diminta memperkenalkan diri masing-masing serta ceritakan serba-serbi tentang diri. Tak dilupakan, kami diminta beritahu kenapa mahu jadi cikgu ? Soalan yang akhir ini, kami diminta menjawab dalam English.
Selesai. Kami diminta berdiri dan ke hadapan bila nama dipanggil. Tiba giliran aku, aku ke depan, ambil folder yang berisi sijil original, salam pensyarah perempuan itu kemudian ucapkan Terima Kasih puan, Terima Kasih tuan sambil senyum sinis tahap tinggi. Haha. Rasakan. Aku tahu aku paling 'kerek' sewaktu sesi iv. Jangan salah sangka dengan jawapan aku ya.
Tamatlah sesi temuduga IPG aku. Yup. Buat penat ayah aku drive saja. Aku kumpulan pertama habis iv untuk hari itu. Tepat 10:30 a.m, aku keluar PS dia. Yey, habis sudah.
Pesanan buat kalian yang menggunakan info di atas sebagai bahan rujukan :
Apapun, sabar aku kurang :p Maka, aku sebolehnya tidak mahu menjadi seorang guru walau aku tahu aku ada bakat sebagai pendidik serta yakin aku boleh buat.
Adios. Keep thinking :)

- http://upsrpmrspmstpmtips.blogspot.com/2012/05/tips-temuduga-ipg.html
- http://talkdramalove.blogspot.com/2012/01/tips-untuk-temuduga-ipg.html
Disebabkan, aku duduk jauh dari IPG tersebut, maka selasa (14/5/2013) 4 petang sudah berangkat ke sana. Sempat sesat serta argue dengan ayah pasal Google Maps dalam S3 dia ni tak betul. Rupanya nak ke situ tak susah mana. Meh aku mudahkan cerita.
- Masuk Lebuhraya Utara-Selatan. Terus sampai Penang.
- Keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan, masuk Lebuhraya Butterworth-Kulim.
- Terus memandu kemudia keluar di susur keluar 'BERAPIT'
- Keluar dari lebuhraya, masuk simpang kanan. Usah risau, keluar saja, terus nampak papan tanda ' IPGK Tuanku Bainun'
- Ikutlah papan tanda tersebut. Lagi satu, IPG ni terletak berhadapan dengan SMK Mengkuang :)
Kami (yakni aku & ayah) siap masuk terus IPG tu, siap ronda dah dalam dia. Pukul 7 p.m. kami keluar dari sana dan ke Sg. Petani. Tidur hotel di sana. Awat jauh beno ke Kedah pi tidoq hotel ? Pasainya, hotel dia tepi highway, senang nak pi balik IPG. Satgi hang duduk hotel merata tempat hang tak biasa, kena 'traffic jam' pagi buta, baru hang tau, malu sampai lambat. (loghat utara sat)
Esoknya, sampai sana dalam 7:30 a.m. Awal kan ? Padahal keluar hotel pun pukul 7. Hebat tak ayah aku drive dari Sg. Petani pi IPG di Perai dalam masa setengah jam. Yelah, guna lebuhraya bolehla laju.
Masuk dalam, tak ramai sangat dah sampai. Sempat ayah aku meronda dan aku dok belek tudung dekat cermin pandang belakang. Tudung kene kemas ya, muka kasi berseri sikit. OVER. Nak dekat pukul 8, ayah aku ajak pi dewan kuliah dia. Cewah, ayah macam dah biasa. Duduk menunggu di tepi dewan. Tak lama lepas tu, ada orang tegur. Eh. Senior aku dulu. Kakak dormku ! Rupanya dia satu keluarga dari Ipoh hantar adik perempuan iv juga. Wah ! Depa 2 beradik ni cun ! Sungguh cek habaq ! Adik dia, kira sebaya la dengan aku kan, major in Science juga. Tapi minor dia Bahasa Malaysia. Minor aku English.
Nak dekat 8:30 a.m, kami masuk dewan kuliah tu. Terus duduk berkumpulan ikut bilik. A,B,C,D. Aku D. Kira, semua yang D ni Major Science la. Sebelah aku, adik kakak dorm aku tu, panggil Nini. Jawab la ujian INSAK. 135 soalan dalam 30 minit. Senang je. Kekok sikit pasal dah lama tak hitamkan borang OMR tu. Sebelum tu adalah pensyarah beri taklimat tentang apa yang berlaku nanti. Dalam pukul 9, keluar dewan dan terus ke Pusat Sumber untuk sesi iv.
Masa ni yang lawak. Kami punyalah ikut arahan naik tingkat satu, rupanya, tingkat satu dalam PS tu. Akulah yang lead naik tangga. Hehe. Sorry guys. My bad. Nampak tak confident level aku ? Ok, masuk dalam PS, kami letak beg dan ambil segala borang serta sijil untuk iv.
Dia bagi taklimat sikit dah beri kami masa untuk susun semula segala borang yang di cetak itu. Sekali dengan sijil. Kami diasingkan ikut bilik. Kemudian, nama dipanggil ikut senarai nama. Macam aku, bilik D. Aku orang ke-4 dalam senarai nama. Wah, atas tu nama aku. Aku termasuk dalam kumpulan pertama untuk ditemuduga. 1 kumpulan 8 orang. Kami tulis nama atas sticker yang disediakan dan tempek pada tudung.
Masuklah dalam bilik temuduga. Serahkan benda-benda borang & sijil pada pensyarah lelaki ni. Masa ni ada juga yang kene bebel pasal tak lengkapkan borang, tak tandatangan itulah, inilah. Maka kalian, prepare. Jangan berlaku seperti di atas. Kami di sebut nama satu persatu dan disuruh duduk mengikut nama dalam senarai. Kumpulan aku ni, 1 India perempuan, 1 Melayu lelaki dan 6 Melayu perempuan.
Pensyarah lelaki tu terangkan serba-serbi apa bakal terjadi. Sementara itu, pensyarah perempuan tepi dia tu sibuk selak benda-benda yang kita bagi pada dia tadi. Dia semak borang, sijil. Sambil menjeling dekat kalian, nak tengok postur duduk, gaya macam mana, cara bercakap, keyakinan diri, sesuai ke tidak nak jadi guru.
Iv bermula. Kami dipertontonkan sebuah video. Video berkenaan kepayahan guru mengajar di kawasan pedalaman. 3 minit lebih saja. Disebabkan kami 8 orang, pensyarah ulang sekali lagi video ni. Habis, dia tanya, bincangkan apa yang kamu nampak dalam video itu ?
Semua keras kejung, siapa nak mula dulu ni ? Nasib ada minah dari Kuala Kangsar mulakan dulu. Lepas itu, kami berhujah serba-serbi sedikit. Akulah manusia pertama buat silap sewaktu sesi iv. Silap ke apa aku buat tu ? Entahlah, memang tugas pensyarah tu nak kacau tahap keyakinan kita kan serta nak tengok bagaimana kita beri reaksi bila ditegur salah. Aku berhujah tentang masalah komunikasi, jurang bahasa la senang cerita. Yelah, kawasan pedalaman tu, nak lagi Sabah Sarawak, bahasa mereka guna di rumah lain dari yang di sekolah kan ?
Pensyarah lelaki : Macam mana awak tahu mereka ada masalah komunikasi ?
Aku : *Diam, sambil senyum pada dia.....
Pensyarah lelaki : Awak kata mereka guna bahasa apa di rumah ?
Aku : Bahasa etnik mereka masing-masing.
Pensyarah lelaki : Mana awak tahu ? Awak dengar ke ? Saya kata bincangkan apa awak lihat ?
Aku : Saya dapat lihat dari ekspresi wajah mereka. Guru mengajar di depan tetapi mereka seolah kurang jelas.
Pensyarah lelaki : *Terdiam. Tak sangka la tu aku boleh bidas balik.
Aku : Saya yakin rakan-rakan yang lain pun lihat perkara yang sama.
Ahli kumpulan yang lain : *Turut terdiam. Aikk, aku kene marah asal kalian takut ?
Pensyarah lelaki : *Diam yang lama. Hurm, baiklah. Orang seterusnya.
See ? Aku buat salah ke ya ? Lantaklah. Memang nasib la pak cik dapat saya. Pak cik 'attack' saya, saya memang suka 'attack' orang balik.
Iv berlangsung sampai habis. Tak lama pun. Dia tanya dalam 2 soalan lagi lepas tu. Semua dalam Bahasa Malaysia. Jangan risau. Di hujung iv, sebelum habis, kami diminta memperkenalkan diri masing-masing serta ceritakan serba-serbi tentang diri. Tak dilupakan, kami diminta beritahu kenapa mahu jadi cikgu ? Soalan yang akhir ini, kami diminta menjawab dalam English.
Selesai. Kami diminta berdiri dan ke hadapan bila nama dipanggil. Tiba giliran aku, aku ke depan, ambil folder yang berisi sijil original, salam pensyarah perempuan itu kemudian ucapkan Terima Kasih puan, Terima Kasih tuan sambil senyum sinis tahap tinggi. Haha. Rasakan. Aku tahu aku paling 'kerek' sewaktu sesi iv. Jangan salah sangka dengan jawapan aku ya.
Tamatlah sesi temuduga IPG aku. Yup. Buat penat ayah aku drive saja. Aku kumpulan pertama habis iv untuk hari itu. Tepat 10:30 a.m, aku keluar PS dia. Yey, habis sudah.
Pesanan buat kalian yang menggunakan info di atas sebagai bahan rujukan :
- Tak payah cuak sangat. Buat susah diri sendiri saja. Buat persediaan rapi macam aku. Hehe.
- Lengkapkanlah segala borang serta sijil sebelum ke tempat temuduga. Kau juga yang senang
- Pakai pakaian yang kemas. Bergosok. Muka tu janganlah nampak pucat sangat. Mekap tebal tak payahlah, macam hantu.
- Lelaki kemeja putih lengan panjang (seeloknya), warna lain pun takpa asalkan lengan panjang. Bertali leher (matching dengan kemeja lagi bagus), slack hitam, kasut hitam. Make sure, berkilat, kemas. Rambut jangan dok cacak sana-sini. Senyum :)
- Perempuan, baju kurung. Blouse dan slack/skirt hitam tak digalakkan. Hey, Indian/Chinese/else berbaju kurung pun sangat comel juga ya :) Islam, bertudunglah anda. Kasut hitam bertutup. Dapat yang bertumit sedikit lagi bagus. Kilatkan kasut ya.
- Nametag/blazer optional. Tak payah pun takpa. Nampak over sangat macam iv nak pi mana saja. Nak pakai, silalah, anda nampak lain dari yang lain nanti.
- Yang benda-benda dicetak dari internet dan salinan sijil yang selambak itu, kau susun ikut aturan dia kemudian klip sekali. Gunalah paperclip yang besar pasal salinan sijil tebal.
- Sijil original serta yang benda lain yang original kau susun cantik-cantik dalam clearholder.
- Ambil tahu isu semasa dunia pendidikan. Sebenarnya dia tak tanya pun nanti.
- Berdoa banyak-banyak moga dimudahkan urusan. Rileks.
- Jalani iv dengan senyuman mesra dibibir. Nak ikut stail aku senyum sinis pun boleh.
- Jangan gabra, gelojoh sewaktu sesi iv. Aku pun buat silap wey. Senyum. Tenangkan diri. Jawab macam biasa saja ya :)
Apapun, sabar aku kurang :p Maka, aku sebolehnya tidak mahu menjadi seorang guru walau aku tahu aku ada bakat sebagai pendidik serta yakin aku boleh buat.
Adios. Keep thinking :)
No comments:
Post a Comment