Sunday, 5 May 2013

Behind the scenes.

Assalamualaikum.


Bukan cerita politik yang mahu ku utarakan. Sekadar pemerhatian hamba Allah lepasan SPM 2012 yang belum cukup matang. Tamatlah sudah PRU 13. Ya, seluruh warga Malaysia sedar, akur serta tahu apa yang sudah terjadi. Malangnya, apa yang bakal aku coretkan rasanya tak ada pula dapat liputan eksklusif dari mana-mana media. Cubaan aku men'google' gambar juga membawa hasil buntu.

*Kau ingat kau comel ! 

Senang cerita, ayah aku pegawai polis. Walaupun pilihan raya ini hadirnya 4 tahun sekali namun impaknya besar terhadap ayah aku. Polis sibuk ya semasa musim pilihan raya ni. Mana tidaknya, sana sini ceramah parti politik. Di Malaysia, kalau mahu anjur ceramah politik perlu ada borang kebenaran dari pihak polis. Ada sesetengah hamba Allah ni (tanpa mengira agama dan bangsa) cukup tidak mahu ikut undang-undang. Contohnya, dia buat ceramah tanpa permit. Susah sangat ke nak isi borang tu ? Tak, senang amat. Pergi ke balai polis terdekat, minta borang, isi, hantar untuk diluluskan. As simple as that. Lulus atau tidak permohonan kau itu, kau sudah ada hak buat ceramah ya.

Jangan nak pertikaikan. Ada sebab kenapa semua ini perlu. Ya, ada yang kata, buat apa susah-susah isi borang semua tu, bukan perlu lulus untuk anjur ceramah. Actually, the purpose of submitting the form is to INFORM OFFCIALLY  to the police that you are organizing a talk. Untuk pengetahuan anda, setiap ceramah politik yang dianjurkan akan sentiasa dan perlu diawasi oleh pihak polis. Kenapa ? Polis nak sibuk-sibuk ambil tahu ke ? BUKAN ! Andai kata ada rusuhan ke orang nak bergaduh sampai naik parang ke apa ke, polis ada di situ. Isu politik ini sensitif bukan ? Nanti tak adalah masa tengah bergaduh baru nak panggil polis lepas itu kata polis datang lambat, tak cekap buat kerja. Come on ! Entah-entah sebelum tu polis tersebut tengah uruskan kes rompakan ke apa.


One more thing. Dunia sekarang ini suka main saman sana saman sini. Dengan adanya bukti kamu sudah menghantar borang rasmi anjur ceramah kepada pihak polis maka tiada siapa boleh saman kamu kerana menganjurkannya. Hey, it's for your own sake ! Tak adalah timbul kes ceramah haram, perjumpaan haram dan sebagainya. Buat sesak saja benda-benda haram bagai.

Lagi satu cerita yang rasanya ramai pandang enteng saja. Ok. Hari mengundi bagi rakyat Malaysia biasa bererti dia perlu keluar rumah (awal atau tak bergantung pada individu) dan ke pusat mengundi. Kena letak kereta jauh pasal ramai orang. Belum kira beratur panjang menunggu giliran. Lepas tu perlu sahkan identiti segala bagai kemudian baru boleh mengundi. Habis semua ini ? That's it. Your duty is settled. 

Maka aku nak kecoh apa ni ? Mestilah pasal polis. Ayah aku bangun 4:30 a.m. ya semasa pagi  5/5/2013. Itupun dengan jenuh adik aku gerakkan. (Kami tak tidur lagi pasal baru habis layan Running Man Marathon) Dengan muka mengantuk itu ayah aku gagahkan juga diri dia bersiap pakai uniform tebal 'blue-black' yang memang khas untuk operasi. Operasi ? Yelah, menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang keluar mengundi dikira operasi cuma tak adalah nak bagi nama OPS UNDI. Normal procedure. 

*Exactly the uniform I mentioned.

Bukan ayah aku saja. Bahkan seluruh warga perkhidmatan keselamatan Malaysia termasuk askar, rela dan sebagainya. Tugas rasminya pada pihak polis ya, yang lain sebagai bantuan. Itupun aku tak faham ada yang nak pertikai kenapa mereka-mereka pasukan keselamatan ini perlu undi pos (awal). Ayah aku sampai tempat yang perlu dikawal 5:15 a.m. Itupun katanya ayah aku agak lewat berbanding yang lain. Maka bermulalah tugas mengawal keadaan dari masa ketika itu sehingga ayah aku pulang pada 20:45 p.m. Ayah aku singgah rumah mandi kemudian keluar semula untuk melakukan sekatan jalanraya (road blok). 

*Flashy vest.

Jadi buat mereka yang selalu merungut bila ada sekatan jalanraya ni, fikir sikit. Beringat. Apa kau ingat kau saja yang menyampah asyik kene periksa sedangkan tiada kesalahan. Polis-polis yang bertugas itupun ada kehidupan mereka. Nampak saja macam garang dengan vest 'glow-in-the-dark' padahal mungkin dia tengah fikir tentang anak-anak dekat rumah yang asyik mengadu ayahnya tak dapat cuti dek bebanan tugas. Paling kurang pun, tengah mengira-ngira baki gaji atau elaun dalam akaun bank yang asyik tertangguh bayaran kerana peruntukan elaun polis diambil kerajaan dibuat modal kempen pilihan raya.

The point is, life as a government officer especially if you are involved with national security is hard. Though some of them enjoys luxurious life due to corruption and pathetic schemes. There are still a huge number of people out there who depends fully on what they earned and carry on with their duty with a big smile and a kind face even though they suffered hardship each and every moment. I knew it because my father was one of them. He came home at 01:30 a.m. 6/5/2013 after more than 12 hours standing and struggling in the crowd. It was not his job literally as he had been promoted to a more relaxed position but that is his way of paying back to his country. My country. Our country. OUR MALAYSIA !

*Kibarkanlah.

Until then. Keep thinking. Adios :)

No comments:

Post a Comment