Sunday 15 September 2013

Tensi.

Assalamualaikum

Baiklah, Rabu minggu lepas, akibat tensi dek serangan Test 2, aku dengan bijaksananya buat drama marathon malam itu jugak. Sepatutnya buat diskusi Kimia. End up berdrama depan laptop dari maghrib sampai tengah malam. Ini semua gara-gara housemate aku yang ada drama ni. Memang aku dah lama nak tengok pun. Malam tu jugak, 6 episod dekaligus aku balun. Heish, awat la loklak sangat.

*Heartstrings !

Dulu nak tengok drama ni pasal Ratu kata sesuai dengan jiwa muzisi aku ni. Muzisi sangat ye :) Tengoklah 1 episod saja. Sekali housemate aku memang dah ada, apa lagi, proses pemindahan berlaku di antara pendrive ke Asus. Bhahaha. Oklah, aku tengok sebab ada Park Shin Hye dalam ni. Memang tau dah, dia berlakon mesti terbaik punya. 

*Yong Hwa

Yong Hwa masuk kes terpencil. Aku layan saja lakonan dia, macam takde perasaan pula. Yelah, kalau berlakon riak wajah tak berubah. Memanglah kacak bergaya tapi bukan itu yang aku cari. Rupanya watak 'Lee Shin' yang Yong Hwa bawak ni, pergh, mampu mencairkan hati si gadis keras hati macam aku. Bukan sebab ketampanan Yong Hwa, tapi budi bahasa dia yang amatlah manis gitu dalam drama ni. Ermmm, sweet la kiranya. Ada yang tak faham pulak nanti bahasa baku bukan main lagi. 

*Ooops.

Aku bukan nak promote drama ni, sekadar tertanya-tanya wujuk ke watak lelaki macam ini dalam kehidupan sebenar. Sangat melingdungi buah hati dia tu. Lelaki kalau bercinta memang macam tu ke apa ? Maaflah, orang takde pengalaman memang macam ni. Lagi satu, jalan cerita drama ni memang uniklah, bukan tipikal. Kalau drama lain biasanya, mesti ada part hero gaduh dengan heroin pasal curang padahal asalnya salah faham. Kira aku tabik pada Lee Shin pasal percaya 100% pada buah hati dia. Dalam banyak-banyak part yang sweet, aku paling terkesan masa Kyu Won kata dia nak duduk kejap pasal kaki sakit dek latihan muzikal melampau. Terus Lee Shin melutut urutkan kaki awek dia. Alolo, comel sangat. Bhahaha.

*Min Hyuk pun ada ya. Ala, drummer CNBLUE yang comel tu ^^

Ok. Cukup. Aku bangun awal sebab nak study, tup tup melalut dekat sini. Yelah, Test 2 belum selesai. Perjuangan perlu diteruskan. Cukup sudah alam fantasi Seoul aku. Nanti sambung balik. Btw, dengan bangganya, aku menyatakan, bahawasanya, final semester aku akan bermula pada.... 26/9/2013 ! Wuuhuu, 'bagusnya'. Hadiah hari jadi ke-18 yang paling 'bermakna' dalam hidup. 

Adios :)

p/s : Do pray for my ease during the final semester.


Thursday 5 September 2013

Him.

Assalamualaikum :)

Yoo peeks ! Apa kejadahnya =_=... Sesungguhnya, minggu depan Test 2 dan proses mentelaah aku belum bermula lagi. Hurm, habis yang melalut dekat sini pasai apa ? 


*Inspiration !

Aku rasa watak yang aku teringin nak jumpa sangat-sangat adalah Matluthfi ! Yay ! Tidak dilupakan, novelist kesayangan aku, Hlovate serta blogger slash doctor to be, Fatin Liyana. Yup, aku nak sediakan bank soalan nak tanya pada mereka ini. Alahai, kalau aku buat bank soalan pun macam dapat jumpa nak tanya. Puih ! 

Yelah, pernah terfikir apa yang menyebabkan mereka menghasilkan penulisan yang sempoi sebegitu ? Pengalaman ataupun sifat mereka yang suka memerhati sekeliling. Boleh jadi, imaginasi tinggi yang tidak diganggu dek kotak televisyen. Dah kalau 24 jam Running Man, memang tak nampak dunia jawabnya.

Sekarang aku dalam proses mengumpul novel-novel Hlovate. Boleh saja beli online, tapi thrill takde pasal tak nampak depan mata. Cuti semester nanti memang dah beratur novel aku kumpul nak baca. Yes ! Belum masuk siri Running Man serta drama Korea, wahaha. TERUK SANGAT ! 

Baru teringat, sekarang memang 'trend' perempuan comel-comel kahwin awal lepas itu umur 21 dah ada anak ? Tak rasa macam awal sangat ke ? Housemate aku pun dok sibuk cerita pasal kahwin. Rimas juga kadang-kadang. Mengikut apa yang aku pernah baca, sistem peranakan wanita masih kurang matang lagi pada usia awal 20an. Kiranya, badan masih belum boleh terima tekanan yang lebih dari pelbagai segi. Tapi bila tengok pensyarah dekat sini pun ramai yang tak kahwin lagi, buat aku rasa macam takut. Haha, tak mau jadi andartu ! 

Apalah, tak layak langsung aku nak cakap pasal hal ni. Baik aku lipat kain serta study Biologi. Subjek yang memberi semangat, yey ! 

p/s : Isnin hari tu jawab kuiz 4, Maths, at the bottom of the question paper wrote
"The more you know, the less sure you are."
Ye, aku termasuk dalam golongan itu. 

Adios ! 

Saturday 24 August 2013

Lifeless.

Assalamualaikum.

Yup, the title explains everything. My dull life. Seriously, I do miss my home. Each and every week. Argh, why am I like this ? You see, I'm a type of person who gets bored easily in something. Here, I'm doing the exact thing everyday. GOSH ! 

*Just when will I experience this !

Talking about my study, sometimes, seriously, I do regret on choosing this foundation. Should have went for TESL. My passion. WHY ? The only thing that I am passionate about here is all about Biology. I do feel that I have a strong connection with this subject. 

Taking my Biology lecturer as my idol. Simply because she shares the same opinion as me. Gosh, lucky her being a Biology lecturer. For me, that is something easy and fun all the way. Whatever it is, I am going to pursue my study until Master level. I don't care !

Why is everyone so obsessed on being a doctor ? Do you really think you could bear the consequences ? On call 24/7. Including the study, gosh ! I really should work on my way up. Right now, I have the chance on being a doctor. The thing is, do I really want to be that ? Would I do my job later with sincerity and respect ? 

*Bhahaha, let's start experimenting !

Once, my Biology lecturer said, " On pursuing your degree, you should really choose the thing that you like to do because if not, you'll gonna regret it for the rest of your life". She's been giving us ideas on what should we take for our degree. One of it was about doing research. Hey, that is something I could tolerate. 

Still, I have this tinge of feeling deep down in my heart. I want to be a DENTIST ! Why ? =_= ! I don't know. I have no idea. My whole life was all about doing things that I am interested to and what I seem to like. 


* Yeah, vanilla and cookies flavour please.

Yeah, right. I better get on with my assignments. Dowh, it's been a long time since my last post.

*Haha, the exact truth !

Speaking of test, my Test 1 result were not so good. Serves me right ! Owh, my Mathematics. Erggggh, maybe I should boil down all my Maths stuff, grind it and drink it as everyday magic potion. 

*Till we meet again. Adios !

Sunday 9 June 2013

Exercise.

Assalamualaikum.

Amboi, sampai 2 post kau hari ni ye Cik Tiqah. Haha. Penat lelah tau nak pegi tengok aku masuk kumpulan mana, nak tengok jadual lagi. Penat sebab ramai orang. Nak tengok jadual pun perlu beratur ! 

*Ambik kau. Berapa ramai yang nama serupa dengan aku. Alhamdulillah, aku paling senang nak cari sebab nama ayah paling panjang dan bawah sekali.  :)

Yang aku paling penat sekali, salin jadual waktu. Jenuh aku mencangkung salin atas kertas. Mula nak tangkap gambar saja. Tak jelas pula. Salin punya pasal, sabar jelah. Kelam kabut aku salin masa hari Jumaat pasal keluarga aku dah tunggu dekat kolej, nak keluar jalan-jalan.


*Jadual kumpulan aku buat masa ini. D10.

Inilah yang aku paling bengang. Penat aku salin jadual saja. Hari Ahad baru dia keluar di web asasi. Kalau aku tahu jadi macam ni baik aku tak payah salin. Masa keluarga aku sampai Jumaat tu terus keluar. Kesian mereka tunggu aku lama. Siap tunggu aku naik tangga yang 200++ anak tangga lagi.

Apapun, aku dah selesai meronda. Update blog pun dalam bilik menggunakan LAN internet. Terima kasih UiTM. 

Aku akan berusaha MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA !

*Abg Azraful punya pasal. Buat aku rasa nak sertai MPP. Idea yang didokong dan dibawa oleh MPP UiTM selari dengan kefahaman serta apa yang aku mahu jadi. 

Sama-samalah kita menjadi insan sebenar. Bukan robot yang hanya tahu teori sahaja. :)

Adios. Keep thinking. :)

Minggu Destini Siswa.

Assalamualaikum.

Foundation in Science, UiTM Puncak Alam, 2013/2014

Tanggal 2 Jun 2013, jam 11 pagi, maka selamat aku mendaftar di Kolej Rafflesia 3. Semangatlah naik lif dengan mama. Masuk rumah, aku orang ke-2 di situ. Yup, ada seorang budak Sabah sudah masuk bilik. Masuk bilik, aduhai, sungguh berhabuk. Mama pula terus terjun katil, nak merasa elok atau tidak. Alhamdulillah, segala peralatan dalam bilik aku baik sahaja. 

Mama terus turun bawah guna lif, tingkat 4 ni. Aku pulak sibuk mengibas sana-sini, tak tahan habuk, dah mula bersin. Pusing dalam rumah mencari penyapu, tiada, penyodok adalah. Aku membebel sendiri. Tiba-tiba, ada sebuah keluarga masuk bilik. Okay. Roommate aku ni. Orang Kajang. Dekatlah dari aku ni, Manjung, Perak ya. 

Mereka tak lama, habis pasang cadar, turun semula. Masa itu, mama sudah naik semula dengan ayah dan adik-adik. Habis diangkut semua barang dalam bonet. Huhu, penuh bonet dengan barang aku. Kemas barang sikit sahaja, pasal berhabuk. Perlu mop dahulu. 

Dalam jam 12.30, kami keluar makan tengah hari di Bandar Puncak Alam, berdekatan Econsave. Selepas itu, ke Econsave bagi membeli alat mencuci. Mana aku tau nak kene ada mop, penyapu, bakul sampah sendiri. Heish. Masuk PALAM semula jam 2.15 petang. Masa ini sudah sesak teruk. Pagi tadi masih boleh bawa kereta naik ke kolej kediaman, sekarang, kami perlu meletak kenderaan  dan naik bas UiTM untuk ke atas. Kesian tengok yang baru nak daftar. Angkat barang banyak-banyak naik bas. 

SESAK ! SUNGGUH ! Jam 3.30 baru aku sampai kolej. Terus berlari naik rumah ambil beg serta fail penting kerana perlu berkumpul di bawah. Sesi taklimat hampir bermula. Tak pasal-pasal mak aku seorang diri mop rumah di atas. Rasa sangat bersalah sebenarnya. :(

MINGGU DESTINI SISWA BERMULA !

Aduhai, sangat penat. Bukan penat kene dera ke apa, penat kene jalan laju dan menunggu. Kami perlu beratur panjang untuk buat semua benda. Kawasan PALAM ini sangat luas. Seluas saujana mata memandang. Nak makan, solat, balik kolej. Hurm. Jam 5 pagi, sudah menunggu di bawah kolej, jam 1 pagi baru pulang ke kolej semula. Sepanjang MDS ni, memang kerja aku menunggu orang sajalah.

*Ha, baru nak kelam kabut lengkapkan borang. =_=

Sewaktu sesi melengkapkan borang pendaftaran. Lamanya tunggu. Terutamanya untuk orang yang dah memang lengkap segala benda macam aku ni ha. 

*Termenung jauh ye kak. Ingat rumah ye.


*Macam manalah aku nak capai 4.00 flat ni. Aduhai.

Sebenarnya aku malas nak cerita pasal MDS. Nanti yang mana pergi rasalah sendiri. Macam-macam yang berlaku semasa MDS PALAM tahun ni. Kesian abang akak PM. Kepada yang rasa ada masalah keliru tentang borang, jangan risau. Di sini, memang akan ada taklimat terperinci dan kalian tanyalah pada PM yang ada. Mereka akan bantu anda sebaik-baiknya. 


*Entah macam mana aku berjaya pakai tudung UiTM ni. Susah sikit kalau nak pakai gaya tudung biasa. Aku sarankan kalian pakai gaya 'shawl'. Cantik aku tengok orang lain buat. Btw, C11 adalah geng buddy aku sepanjang MDS. Owh, sandiwara belaka. 

*Majlis penutup MDS. Persembahan yang sangat lawak dr siswa siswi sekalian. Lama kami bersila di atas padang kawad ni. 

*Abg Shah & Abg Jimy sebagai MC. Sangat lawak. Terima kasih buat saya senak perut ketawa sepanjang MDS.

*Selesai MDS. Aku orang pertama naik rumah. Pemandangan siswi bergerak umpama semut pulang ke kolej masing-masing. 

*Yeah. Wajah bahagia mereka mahu jumpa katil di bilik. 

*Ada yang berkumpul di padang kawad berjumpa abg, akak PM. Entah mereka buat apa. PM mencari bekas pelajar sekolah menengah mereka dahulu rasanya.

Sampai sini sahaja. Huh. Hari Jumaat baru aku dapat kemas habis segala barang. Esok Isnin nak mula kuliah. Habis aku ronda cari dewan kuliah, makmal dan sebagainya lepas makan tengah hari tadi. Btw, tangga itu mampu membuat anda kurus, Insya-Allah ! Haha.

Adios. Keep Thinking. :) 

Saturday 1 June 2013

Anugerah Kecemerlangan.

Assalamualaikum.

Hai. Ohh, bajetnya. Sebenarnya dah lepas lama dah Hari Anugerah ni. Sekarang baru rasa nak menulis. Pemalas. 

Khamis, 23 Mei 2013. 2:00 p.m. - 5:00 p.m. Bersamaan hari jadi saudara Izzat Basar. Aku ingat bro ! 

Ok. Cik Asna cadang awal-awal lagi nak tema merah jambu pada hari kejadian. Yeah ! Warna kegemaran Cik Bann. Nasiblah memang baju yang aku tempah tu ada sangkut merah jambu 2 pasang.

*The three pinkies. ^^


Kami bertiga dapat Anugerah Cemerlang SPM 2012. Wuhuu, apalah sangat result kami nak banding dengan mereka yang lain. Cik Asna tambah lagi 1 anugerah, dapat subjek terbaik Bahasa Malaysia. Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki dengan kawan-kawan lagi. Lantaklah, asal bahagia. Tak larat nak nangis pasal result dah.


*Antara kami yang sempat bergambar. Aku nampak muka saja pasal Ratu diri depan.


Penat menunggu giliran naik pentas agung tu. Ucapan dari 3 orang tapi rasanya mau 2 jam lebih kami duduk sekadar dengar ucapan mereka saja. Suka sangat berucap merepek. Heish, tak baik, ayah kawan kau juga salah seorang yang berucap.

Ingatkan dapatlah duduk sembang dengan Cik Asna, sekali duduk ikut giliran naik pentas, memang berselang banyak oranglah jawabnya. Result kami bertiga lain-lain. Masa itu aku pandang keliling, cemburu tengok kawan-kawan yang lain. Argh ! Lantaklah, rezeki aku lain tempat.

Aku malas nak cerita secara terperinci, klik link blog Cik Asna kalau nak tau lebih ya.

Pada Cik Asna, sebenarnya aku nak letak gambar Kukulala pada post ini. Tapi aku malas nak ambil gambar guna phone dan transfer segala kejadahnya. Nanti aku dah rajin aku edit post ini.


TERIMA KASIH UNTUK KUKULALA ITU !

* Insya-Allah Kukulala akan jadi peneman aku study macam orang gila sepanjang tempoh foundation saya ya.

Esok nak daftar asasi dan barang tak habis kemas lagi. Bagus sangat Tiqa KK =_=.

Adios. Keep thinking :)


*Edited version.

Kukulala itu berlagak saja baring atas bantal. Padahal aku letak atas meja belajar. Takut nak buka plastik. Risau kotor. Kukulala itu putih, suci, bersih, umpama Cik Asna yang tak serik-serik tarik aku bila dalam kebuntuan. TQ sahabat !

Wednesday 22 May 2013

Interview IPG 2013.

Assalamualaikum.

Ya, seperti tajuk itu, aku baru selesai temuduga untuk ke Institut Perguruan sesi Ambilan Jun 2013 bagi lepasan SPM. Maka, aku mahu bercerita serba sedikit tentang apa aku dapat, rasa, lalui dan hadapi. 

Permulaan, temuduga aku di IPG Tuanku Bainun, Mengkuang, Kubang Semang, Perai, Pulau Pinang. Alamat yang betul aku keliru walau ada pada surat tawaran. Tarikh, 15/5/2013, yakni, Rabu. Ujian INSAK : 8:30 a.m. IV : 9:30 a.m. Bilik D. Major in Science ( SK ). 


* Hasil google. Nak masuk pagar kau nampak inilah.

Mulanya aku ingat iv secara individu, rupanya berkumpulan. Aku sangatlah semangat, sedia untuk bidas apa saja yang penemuduga tu nak serang aku. Maklumlah, aku nak menunjukkan semangat juang, yelah, SPM aku tahap biasa saja. Aku bersyukur dapat rasa iv IPG ni macam mana.


Di kesempatan ini juga aku ucapkan terima kasih buat blog/site berikut yang banyak memberi info. Ini yang mana aku ingat, pasal aku google semua benda maka banyak sitenya.



Disebabkan, aku duduk jauh dari IPG tersebut, maka selasa (14/5/2013) 4 petang sudah berangkat ke sana. Sempat sesat serta argue dengan ayah pasal Google Maps dalam S3 dia ni tak betul. Rupanya nak ke situ tak susah mana. Meh aku mudahkan cerita.

  • Masuk Lebuhraya Utara-Selatan. Terus sampai Penang.
  • Keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan, masuk Lebuhraya Butterworth-Kulim.
  • Terus memandu kemudia keluar di susur keluar 'BERAPIT'
  • Keluar dari lebuhraya, masuk simpang kanan. Usah risau, keluar saja, terus nampak papan tanda ' IPGK Tuanku Bainun'
  • Ikutlah papan tanda tersebut. Lagi satu, IPG ni terletak berhadapan dengan SMK Mengkuang :)

Kami (yakni aku & ayah) siap masuk terus IPG tu, siap ronda dah dalam dia. Pukul 7 p.m. kami keluar dari sana dan ke Sg. Petani. Tidur hotel di sana. Awat jauh beno ke Kedah pi tidoq hotel ? Pasainya, hotel dia tepi highway, senang nak pi balik IPG. Satgi hang duduk hotel merata tempat hang tak biasa, kena 'traffic jam' pagi buta, baru hang tau, malu sampai lambat. (loghat utara sat)

Esoknya, sampai sana dalam 7:30 a.m. Awal kan ? Padahal keluar hotel pun pukul 7. Hebat tak ayah aku drive dari Sg. Petani pi IPG di Perai dalam masa setengah jam. Yelah, guna lebuhraya bolehla laju.


Masuk dalam, tak ramai sangat dah sampai. Sempat ayah aku meronda dan aku dok belek tudung dekat cermin pandang belakang. Tudung kene kemas ya, muka kasi berseri sikit. OVER. Nak dekat pukul 8, ayah aku ajak pi dewan kuliah dia. Cewah, ayah macam dah biasa. Duduk menunggu di tepi dewan. Tak lama lepas tu, ada orang tegur. Eh. Senior aku dulu. Kakak dormku ! Rupanya dia satu keluarga dari Ipoh hantar adik perempuan iv juga. Wah ! Depa 2 beradik ni cun ! Sungguh cek habaq ! Adik dia, kira sebaya la dengan aku kan, major in Science juga. Tapi minor dia Bahasa Malaysia. Minor aku English.

Nak dekat 8:30 a.m, kami masuk dewan kuliah tu. Terus duduk berkumpulan ikut bilik. A,B,C,D. Aku D. Kira, semua yang D ni Major Science la. Sebelah aku, adik kakak dorm aku tu, panggil Nini. Jawab la ujian INSAK. 135 soalan dalam 30 minit. Senang je. Kekok sikit pasal dah lama tak hitamkan borang OMR tu. Sebelum tu adalah pensyarah beri taklimat tentang apa yang berlaku nanti. Dalam pukul 9, keluar dewan dan terus ke Pusat Sumber untuk sesi iv.

Masa ni yang lawak. Kami punyalah ikut arahan naik tingkat satu, rupanya, tingkat satu dalam PS tu. Akulah yang lead naik tangga. Hehe. Sorry guys. My bad. Nampak tak confident level aku ? Ok, masuk dalam PS, kami letak beg dan ambil segala borang serta sijil untuk iv.

Dia bagi taklimat sikit dah beri kami masa untuk susun semula segala borang yang di cetak itu. Sekali dengan sijil. Kami diasingkan ikut bilik. Kemudian, nama dipanggil ikut senarai nama. Macam aku, bilik D. Aku orang ke-4 dalam senarai nama. Wah, atas tu nama aku. Aku termasuk dalam kumpulan pertama untuk ditemuduga. 1 kumpulan 8 orang. Kami tulis nama atas sticker yang disediakan dan tempek pada tudung.

Masuklah dalam bilik temuduga. Serahkan benda-benda borang & sijil pada pensyarah lelaki ni. Masa ni ada juga yang kene bebel pasal tak lengkapkan borang, tak tandatangan itulah, inilah. Maka kalian, prepare. Jangan berlaku seperti di atas. Kami di sebut nama satu persatu dan disuruh duduk mengikut nama dalam senarai. Kumpulan aku ni, 1 India perempuan, 1 Melayu lelaki dan 6 Melayu perempuan. 

Pensyarah lelaki tu terangkan serba-serbi apa bakal terjadi. Sementara itu, pensyarah perempuan tepi dia tu sibuk selak benda-benda yang kita bagi pada dia tadi. Dia semak borang, sijil. Sambil menjeling dekat kalian, nak tengok postur duduk, gaya macam mana, cara bercakap, keyakinan diri, sesuai ke tidak nak jadi guru.

Iv bermula. Kami dipertontonkan sebuah video. Video berkenaan kepayahan guru mengajar di kawasan pedalaman. 3 minit lebih saja. Disebabkan kami 8 orang, pensyarah ulang sekali lagi video ni. Habis, dia tanya, bincangkan apa yang kamu nampak dalam video itu ?

Semua keras kejung, siapa nak mula dulu ni ? Nasib ada minah dari Kuala Kangsar mulakan dulu. Lepas itu, kami berhujah serba-serbi sedikit. Akulah manusia pertama buat silap sewaktu sesi iv. Silap ke apa aku buat tu ? Entahlah, memang tugas pensyarah tu nak kacau tahap keyakinan kita kan serta nak tengok bagaimana kita beri reaksi bila ditegur salah. Aku berhujah tentang masalah komunikasi, jurang bahasa la senang cerita. Yelah, kawasan pedalaman tu, nak lagi Sabah Sarawak, bahasa mereka guna di rumah lain dari yang di sekolah kan ?

Pensyarah lelaki : Macam mana awak tahu mereka ada masalah komunikasi ?
Aku : *Diam, sambil senyum pada dia.....
Pensyarah lelaki : Awak kata mereka guna bahasa apa di rumah ?
Aku : Bahasa etnik mereka masing-masing.
Pensyarah lelaki : Mana awak tahu ? Awak dengar ke ? Saya kata bincangkan apa awak lihat ?
Aku : Saya dapat lihat dari ekspresi wajah mereka. Guru mengajar di depan tetapi mereka seolah kurang jelas.
Pensyarah lelaki : *Terdiam. Tak sangka la tu aku boleh bidas balik.
Aku : Saya yakin rakan-rakan yang lain pun lihat perkara yang sama. 
Ahli kumpulan yang lain : *Turut terdiam. Aikk, aku kene marah asal kalian takut ?
Pensyarah lelaki : *Diam yang lama. Hurm, baiklah. Orang seterusnya.

See ? Aku buat salah ke ya ? Lantaklah. Memang nasib la pak cik dapat saya. Pak cik 'attack' saya, saya memang suka 'attack' orang balik.

Iv berlangsung sampai habis. Tak lama pun. Dia tanya dalam 2 soalan lagi lepas tu. Semua dalam Bahasa Malaysia. Jangan risau. Di hujung iv, sebelum habis, kami diminta memperkenalkan diri masing-masing serta ceritakan serba-serbi tentang diri. Tak dilupakan, kami diminta beritahu kenapa mahu jadi cikgu ? Soalan yang akhir ini, kami diminta menjawab dalam English.

Selesai. Kami diminta berdiri dan ke hadapan bila nama dipanggil. Tiba giliran aku, aku ke depan, ambil folder yang berisi sijil original, salam pensyarah perempuan itu kemudian ucapkan Terima Kasih puan, Terima Kasih tuan sambil senyum sinis tahap tinggi. Haha. Rasakan. Aku tahu aku paling 'kerek' sewaktu sesi iv. Jangan salah sangka dengan jawapan aku ya. 

Tamatlah sesi temuduga IPG aku. Yup. Buat penat ayah aku drive saja. Aku kumpulan pertama habis iv untuk hari itu. Tepat 10:30 a.m, aku keluar PS dia. Yey, habis sudah.

Pesanan buat kalian yang menggunakan info di atas sebagai bahan rujukan :

  • Tak payah cuak sangat. Buat susah diri sendiri saja. Buat persediaan rapi macam aku. Hehe.
  • Lengkapkanlah segala borang serta sijil sebelum ke tempat temuduga. Kau juga yang senang 
  • Pakai pakaian yang kemas. Bergosok. Muka tu janganlah nampak pucat sangat. Mekap tebal tak payahlah, macam hantu.
  • Lelaki kemeja putih lengan panjang (seeloknya), warna lain pun takpa asalkan lengan panjang. Bertali leher (matching dengan kemeja lagi bagus), slack hitam, kasut hitam. Make sure, berkilat, kemas. Rambut jangan dok cacak sana-sini. Senyum :)
  • Perempuan, baju kurung. Blouse dan slack/skirt hitam tak digalakkan. Hey, Indian/Chinese/else berbaju kurung pun sangat comel juga ya :) Islam, bertudunglah anda. Kasut hitam bertutup. Dapat yang bertumit sedikit lagi bagus. Kilatkan kasut ya.
  • Nametag/blazer optional. Tak payah pun takpa. Nampak over sangat macam iv nak pi mana saja. Nak pakai, silalah, anda nampak lain dari yang lain nanti.
  • Yang benda-benda dicetak dari internet dan salinan sijil yang selambak itu, kau susun ikut aturan dia kemudian klip sekali. Gunalah paperclip yang besar pasal salinan sijil tebal. 
  • Sijil original serta yang benda lain yang original kau susun cantik-cantik dalam clearholder.
  • Ambil tahu isu semasa dunia pendidikan. Sebenarnya dia tak tanya pun nanti.
  • Berdoa banyak-banyak moga dimudahkan urusan. Rileks.
  • Jalani iv dengan senyuman mesra dibibir. Nak ikut stail aku senyum sinis pun boleh.
  • Jangan gabra, gelojoh sewaktu sesi iv. Aku pun buat silap wey. Senyum. Tenangkan diri. Jawab macam biasa saja ya :)
All the best. Harap entry ini membantu walau panjang berjela. Aku pergi iv ini dengan niat mahu pengalaman ditemuduga. Alhamdulillah, itu yang aku dapat. Mak aku, seorang guru berkata aku conferm boleh dapat pasal buat perangai selamba derk aku tu. Yelah ma... 

Apapun, sabar aku kurang :p Maka, aku sebolehnya tidak mahu menjadi seorang guru walau aku tahu aku ada bakat sebagai pendidik serta yakin aku boleh buat.


Adios. Keep thinking :)