Assalamualaikum.
Amboi, sampai 2 post kau hari ni ye Cik Tiqah. Haha. Penat lelah tau nak pegi tengok aku masuk kumpulan mana, nak tengok jadual lagi. Penat sebab ramai orang. Nak tengok jadual pun perlu beratur !
*Ambik kau. Berapa ramai yang nama serupa dengan aku. Alhamdulillah, aku paling senang nak cari sebab nama ayah paling panjang dan bawah sekali. :)
Yang aku paling penat sekali, salin jadual waktu. Jenuh aku mencangkung salin atas kertas. Mula nak tangkap gambar saja. Tak jelas pula. Salin punya pasal, sabar jelah. Kelam kabut aku salin masa hari Jumaat pasal keluarga aku dah tunggu dekat kolej, nak keluar jalan-jalan.
*Jadual kumpulan aku buat masa ini. D10.
Inilah yang aku paling bengang. Penat aku salin jadual saja. Hari Ahad baru dia keluar di web asasi. Kalau aku tahu jadi macam ni baik aku tak payah salin. Masa keluarga aku sampai Jumaat tu terus keluar. Kesian mereka tunggu aku lama. Siap tunggu aku naik tangga yang 200++ anak tangga lagi.
Apapun, aku dah selesai meronda. Update blog pun dalam bilik menggunakan LAN internet. Terima kasih UiTM.
Aku akan berusaha MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA !
*Abg Azraful punya pasal. Buat aku rasa nak sertai MPP. Idea yang didokong dan dibawa oleh MPP UiTM selari dengan kefahaman serta apa yang aku mahu jadi.
Sama-samalah kita menjadi insan sebenar. Bukan robot yang hanya tahu teori sahaja. :)
Adios. Keep thinking. :)
No comments:
Post a Comment