Assalamualaikum.
Hai. Ohh, bajetnya. Sebenarnya dah lepas lama dah Hari Anugerah ni. Sekarang baru rasa nak menulis. Pemalas.
Khamis, 23 Mei 2013. 2:00 p.m. - 5:00 p.m. Bersamaan hari jadi saudara Izzat Basar. Aku ingat bro !
Ok. Cik Asna cadang awal-awal lagi nak tema merah jambu pada hari kejadian. Yeah ! Warna kegemaran Cik Bann. Nasiblah memang baju yang aku tempah tu ada sangkut merah jambu 2 pasang.
|
*The three pinkies. ^^
Kami bertiga dapat Anugerah Cemerlang SPM 2012. Wuhuu, apalah sangat result kami nak banding dengan mereka yang lain. Cik Asna tambah lagi 1 anugerah, dapat subjek terbaik Bahasa Malaysia. Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki dengan kawan-kawan lagi. Lantaklah, asal bahagia. Tak larat nak nangis pasal result dah.
*Antara kami yang sempat bergambar. Aku nampak muka saja pasal Ratu diri depan.
Penat menunggu giliran naik pentas agung tu. Ucapan dari 3 orang tapi rasanya mau 2 jam lebih kami duduk sekadar dengar ucapan mereka saja. Suka sangat berucap merepek. Heish, tak baik, ayah kawan kau juga salah seorang yang berucap.
Ingatkan dapatlah duduk sembang dengan Cik Asna, sekali duduk ikut giliran naik pentas, memang berselang banyak oranglah jawabnya. Result kami bertiga lain-lain. Masa itu aku pandang keliling, cemburu tengok kawan-kawan yang lain. Argh ! Lantaklah, rezeki aku lain tempat.
Aku malas nak cerita secara terperinci, klik link blog Cik Asna kalau nak tau lebih ya.
Pada Cik Asna, sebenarnya aku nak letak gambar Kukulala pada post ini. Tapi aku malas nak ambil gambar guna phone dan transfer segala kejadahnya. Nanti aku dah rajin aku edit post ini.
TERIMA KASIH UNTUK KUKULALA ITU !
* Insya-Allah Kukulala akan jadi peneman aku study macam orang gila sepanjang tempoh foundation saya ya.
Esok nak daftar asasi dan barang tak habis kemas lagi. Bagus sangat Tiqa KK =_=.
Adios. Keep thinking :)
*Edited version.
Kukulala itu berlagak saja baring atas bantal. Padahal aku letak atas meja belajar. Takut nak buka plastik. Risau kotor. Kukulala itu putih, suci, bersih, umpama Cik Asna yang tak serik-serik tarik aku bila dalam kebuntuan. TQ sahabat ! |
No comments:
Post a Comment