Assalamualaikum.
Seunsai sahur tadi, aku ulang tayang DVD Personal Taste. Drama Korea yang sentiasa melekat dalam jiwa. Sementara tunggu masuk waktu subuh. Lepas solat subuh, aku termenung dekat balkoni. Bisingnya. Banyak betul kereta dan lori walau baru 7.00 a.m. Teringat amoi dari kedai cermin mata pesan bahawasanya 'power' kanta cermin mata aku makin tinggi. Yelah, dah aku belajar macam tak menang tangan zaman sekolah. Tak, bukan belajar sangat. Aku memang gila membaca.
Dalam dok sedih mata makin rabun, aku tenung gunung-ganang yang ada. Gunung ke ? Dah hijau besar tu gununglah. Tanpa cermin mata. Semuanya nampak kembang saja. Aku suka. Nyaman. Lama juga menung. Suddenly, I missed my school. Uhuk ! My high school. I'm a boarding school student. 5 years there, a lot of things happened. Bukan memori ini yang aku rindu. Aku rindu suasana pagi dia yang 'chill' dan 'fresh' semacam tu.
* Exactly.
There will be a kind of breeze. Very soft but chilly and refreshing. As if it was conveying something. This breeze welcomes me every time I woke up. Miss it. The entire school temperature drops. The chill air remains around the school until 11.00 a.m.
Aku kembali ke sekolah itu beberapa minggu lalu. Turut serta dalam bengkel orkestra akibat gian bermain violin walau hakikat violin di rumah aku tak sentuh pun. 4 hari 3 malam tidur di Aspuri (ASrama PUteRI). Pagi Ahad yakni pagi terakhir sewaktu mahu mandi sempat aku berbicara dengan Aween. Teman baik dari form 1 lagi.
"Aween, kau tau apa aku paling rindu dekat sini sebenarnya ? "
"Apa dia ?"
"Suasana pagi dia. Aman. Yang kita dengar bunyi burung, cengkerik dan apa jenis serangga entah. "
"Haha. Dekat PLKN, aku memang ingat benda ni."
"Yelah, 5 tahun kita dah serasi tiba-tiba hilang. Rasa macam, kurang sesuatu."
Aku tenung ampaian yang sesak tu. Typical. Agaknya orang seni pelik macam aku saja rasa rindu perkara begini. Sejuk. Rasa macam nak bungkus dalam selimut merah jambu pudar tu lama-lama. Boys kalau pagi hujung minggu mesti buat pengumuman kacau budak aspuri.
"Dorm C**, tak buka lampu lagi. Dah subuh ke belum ? Ke, cuti ?"
Tidak pun mereka jadi pembantu tetap makcik DM (dewan makan) buat pengumuman panggil pelajar datang sarapan.
"Assalamualaikum, perhatian kepada semua warga ******, sarapan pagi hari ini ialah NASI LEMAK. Turun cepat, kalau tak aku habiskan semua. Haha."
Nasi Lemak kira sarapan paling masyuk dekat sekolah aku. Memang kalau ada boys buat pengumuman macam atas ni, yang mana sedap golek atas katil terus segar. Cepat-cepat siap turun sarapan takut habis. Mulalah pelbagai gaya masuk DM. Seluar tidur kotak-kotak, belang, ada yang buat dek saja pakai kain pelikat. Perempuan tak. Stail perempuan mesti tracksuit, cardigan dengan t-shirt lengan pendek di dalam serta tudung sarung hitam. Tak. Aku bukan dalam golongan stail ini.
Hurm. Enough maybe. Adios :)
Hurm. Enough maybe. Adios :)
No comments:
Post a Comment